Kerjaya politik Hishammuddin_Hussein

Hishammuddin merupakan ahli UMNO Cawangan Sri Lambak, Sembrong, Johor. Beliau kini juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sembrong. Selain itu, beliau turut dilantik sebagi Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Biro UMNO Malaysia.

Beliau pernah juga dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara dan Ketua UMNO Bahagian Tenggara. Kerjaya beliau sebagai wakil rakyat bermula apabila beliau bertanding di kerusi Parlimen Tenggara pada pilihan raya umum tahun 1995. Pada tahun 1999, iaitu pilihan raya berikutnya, beliau telah berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut.

Walau bagaimanapun, kesan daripada persempadanan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), beliau telah bertukar ke kawasan baru, iaitu Parlimen Sembrong pada pilihan raya ke-11 yang lalu. Beliau menewaskan calon PAS, Onn Jaafar dengan majoriti 16,978 undi.

Sebagai seorang wakil rakyat, beliau bertekad untuk membangunkan kawasan Parlimen Sembrong ke arah matlamat cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Ahmad Shabery Cheek ketika Perarakan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong pada 2013

Sejak menjadi Ahli Parlimen, Hishammuddin telah berkhidmat di pelbagai jenis kementerian. Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada tahun 1997. Sejak tahun 1999 hingga 2013 pula, beliau telah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan kemudiannya diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri. Kini, setelah rombakan kabinet pada 28 Julai 2015, beliau mempunyai tanggungjawab sebagai Menteri Pertahanan di dalam Kementerian Pertahanan Malaysia.[6]

Pada 12 April 2017, Hishammuddin telah dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelantikan ini akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.[7] Beliau masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.[8]

Rujukan

WikiPedia: Hishammuddin_Hussein http://www.canberratimes.com.au/news/opinion/edito... http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option... http://malaysiafactbook.com/Hishammuddin_Hussein#_... http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.thestar.com.my/story.aspx?file=/2007/4/... http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.mod.gov.my/ms/mengenai-kami-3/direktori... http://www.moha.gov.my/index.php/en/maklumat-korpo...